nahwan
Malaysia
assalamua'laikum

::~NaHwAN~:: UnivErsITy PuTrA maLaYsIa:: dEpArTmEnt Of cHeMiCaL EnGiNeErIng:: SerDaNg, SeLaNgOr::


<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

::TaShFiYaH wA tArBiyYaH::

<Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: “….SESUNGGUHNYA SEBAIK-BAIK PERKATAAN ADALAH KITAB ALLAH S.W.T, SEBAIK-BAIK PETUNJUK ADALAH PETUNJUK MUHAMMAD S.A.W, SEBURUK-BURUK PERKARA ADALAH HAL-HAL BARU YG DIADA2KAN DALAM AGAMA (BID’AH), DAN SETIAP BID’AH ADALAH KESESATAN” HR Muslim


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Friday, February 16, 2007
PENGUMUMAN PENTING

Translation: In the Name of Allah, Most Beneficent, Most Merciful

Assalamu'alaikum

*Sebelum ini penulis telah mengiklankan sedikit tentang kelas Hadeeth @ The Little Khalifah Shop*

Penulis telah pergi ke kelas tersebut dan mendapati kelasnya amat menarik perhatian, Alhamdulillah. Malangnya penulis merasakan jarak antara kelas tersebut dgn UPM agak jauh, ditambah pula kelas pula pada malam hari, menyukarkan bg penulis yg merupakan muslimah di samping faktor keselamatan. Kelas ini rasanya kalau dari UIA agak dekat, dari UPM memang jauh.

Sehubungan itu, memandangkan penulis sudah membayar yuran RM 20, maka penulis berbesar hati sekiranya ada sesiapa yg berminat utk menggantikan penulis hadir sepanjang kuliah tersebut. Just datang, bawa buku dan pen, yuran tidak perlu bayar, penulis juga tidak akan meminta bayaran itu dikembalikan.

Sesiapa berminat, tidak kira muslimin or muslimat, boleh hubungi saya di hp: 019-2543945. Tentang lokasi boleh rujuk iklan sebelumnya beserta kontek no. The Little Khalifah Shop. Sekian terima kasih~


Posted at 12:11 am by nahwan
 

Tuesday, January 09, 2007
Program Bermanfaat

RAHMAH LIL ALAMIN WEEK
 
DATE:
 
9 JANUARY – 14 JANUARY 2007
 
VENUE:
 
MATRICULATION CENTRE IIUM, PJ
 
PROGRAMMES:
 
9/1- 8.15 PM, BEDAH BUKU: 20 SOAL HADITH BY USTAZ ADLAN
 
10/1 – 8 PM , SHARING FORUM BY SHAHKIRIT & LIM JUISON
 
14/1 – 8 PM , SPECIAL TALK BY RIDHWAN FONTAE (*EX-CRISTIAN)


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI  BRO .FAIDHI : 019-6355038

Posted at 06:40 pm by nahwan
 

Thursday, December 21, 2006
::Hukum Menyambut Perayaan Bukan Islam::

Translation: In the Name of Allah, Most Beneficent, Most Merciful

 

Hukum Menyambut Perayaan Bukan Islam

Allah swt, di akhir surah al-Furqan, ketika menyebut sifat hamba-hambaNya, berfirman :

Maksudnya : "Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72)

Para ulama Tafsir menakalkan sepertimana yang terdapat di dalam al-Durar al-Manthur  demikian juga seperti yang disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya dari sebahagian Tabi'ien seperti Mujahid, al-Dhohak , Ikrimah dan yang lainnya bahawasanya iaitu tidak menyaksikan yang palsu) – itu ialah perayaan-perayaan Kafir dan Musyrikin.

Dr. Safar Bin Abdul Rahman al-Hawali di dalam laman web beliau mendakwa akan sepakatnya semua para fuqaha akan haramnya menghadiri perayaan bukan Islam dan bersama merayakannya. Beliau menyebut salah seorang ulama dari mazhab Malik yang bernama Abu Abdillah Abdul Rahman Bin al-Qasim al-Misri yang menganggap sesiapa yang hanya membeli tembikai sempena dengan perayaan bukan Islam, dia seolah-olah telah membeli seekor babi untuk disembelihkan.

Di sisi ulama mazhab Hanafi pula lebih keras, sehingga ada yang berpendapat kufurnya seseorang yang hanya memberikan hadiah berupa sebiji telur pada hari tahun baru Parsi dalam bentuk memuliakannya.

Jika kita himpunkan kesemua perkataan para ulama, kita akan dapati bahawasanya semua mereka mengharamkan menyambut perayaan bukan Islam termasuklah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, bahkan mazhab al-Zohiri juga.

Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :

"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.

Al-Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid pula apabila ditanya tentang hukum yang sama menjawab :

"Tidak boleh bersama orang-orang kafir menyambut perayaan-perayaan mereka disebabkan perkara-perkara berikut :

1-      Ia termasuk dalam al-Tasyabbuh (menyerupai orang kafir). Nabi saw bersabda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, , maka dia termasuk salah seorang dari mereka." (hadith riwayat Abu Daud) Ini adalah amaran yang serius. Abdullah bin al-'Ash berkata : "Sesiapa yang hidup di atas tanah orang-orang musyrik, lalu menyambut hari Nairuz (perayaan tahun baru) mereka, dan perayaan-perayaan mereka, dan dia telah menyerupai mereka sehingga dia mati, dia akan rugi pada hari kiamat."

2-      Bersama di dalam perayaan adalah sebahagian daripada Mawaddah dan Mahabbah kepada mereka. Allah berfirman : "Jangan kamu menjadikan Yahudi dan Nasara itu Auliya'…" dan firmannya lagi : "Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu menjadikan musuh-musuh Ku dan musuh-musuh mu sebagai teman-teman setia, kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada diantara kamu dengan mereka, sedangkan mereka telah kufur dan engkar terhadap kebenaran yang sampai kepada kamu…" (al-Mumtahinah : 1)

3-      Sesungguhnya hari raya adalah perkara agama dan aqidah, ia bukan sekadar adat dunia sepertimana yang disebut di dalam hadith : "Bagi setiap kaum itu ada hari rayanya mereka, dan ini adalah hari raya kita." Hari raya mereka itu melambangkan aqidah mereka yang rosak, syirik dan kufur.

4-      (ayat al-Quran – "dan orang-orang yang menyaksikan yang palsu…) telah ditafsirkan oleh para ulama sebagai (menyaksikan) perayaan-perayaan orang-orang musyrik. Tidak boleh memberi kad-kad ucapan perayaan kepada mereka atau menjualnya kepada mereka, atau apa sahaja yang keperluan perayaan mereka seperti lampu-lampu, pokok-pokok (untuk perayaan), makanan-makanan (untuk perayaan), dan selainnya."

Di dalam fatwanya yang lain, apabila ditanya tentang hukum mengucapkan tahniah kepada perayaan kafir beliau menyebut :

"Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada hari Krismas atau selainnya dari perayaan keagamaan adalah haram dengan kesepakatan para ulama, sepertimana yang dinakalkan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah ketika beliau berkata : "Adapun ucap tahniah/selamat kepada syiar-syiar kuffar secara khusus adalah haram dengan kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat kepada perayaan atau puasa mereka dengan mengatakan : "Selemat hari raya kepada kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini" atau seumpamanya. Perkara ini jika selamatpun pengucapnya dari kekufuran, ia tetap termasuk dari perkara-perkara yang haram, ia sama seperti  mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib, bahkan perbuatan ini adalah lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih besar kemurkaan berbanding mengucapkan tahniah kepada seseorang yang meminum khamar (bir), seorang yang membunuh dan yang berzina dan seumpamanya. Kebanyakan orang yang tidak ada kesedaran agama terjebak dalam perkara ini. Dia tidak sedar betapa buruk amal perbuatannya. Maka sesiapa yang mengucapkan tahniah atau selamat kepada seseorang yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Maka sesungguhnya dia telah membuka ruang kepada dirinya untuk mendapat kemurkaan dari Allah."

Inilah sebahagian perkataan para ulama yang sempat dimuatkan. Kesemua mereka melarang keras menyambut perayaan bukan Islam. Kerana mustahil perayaan Islam yang dibina atas dasar mentauhidkan Allah, bersih dari kesyirikan dan kebatilan boleh dikongsi dengan perayaan agama lain, dimana kesyirikan dan kebatilan dinyatakan pada hari tersebut. Dr. Yusur al-Qaradhawi yang lebih ringan dalam masaalah ini, yang mana beliau berpendapat boleh seseorang muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetap melarang untuk menyambut sekali perayaan bukan Islam. Beliau menyebut :

"Ini adalah daripada hak-hak bersama, jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu (muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dan mengucapkan takziah kepada kamu. Maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka ? Allah swt berfirman (maksudnya) : "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (al-Nisa :86) Beliau menyambung dengan mengatakan : "Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini (Islam)"

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528601788

Hari raya adalah hari untuk menzahirkan kepercayaan-kepercayaan agama. Apakah mungkin umat Islam yang memiliki aqidah mentauhidkan Allah dapat menyambut perayaan lain yang penuh dengan kesyirikan dan kebatilan? Terbayangkah di fikiran kita, apakah mungkin seseorang mengucapkan tahniah kepada penjenayah bunuh, rogol dan seumpamanya. Jika kita mengatakan tidak, maka Kongsi Raya  lebih utama untuk ditidakkan, kerana kongri raya membawa maksud reda dan setuju kepada kepercayaan-kepercayan yang ada dalam sesuatu perayaan tersebut. Apakah masuk akal, seseorang muslim yang mentauhidkan Allah mengucapkah tahniah kepada  seorang Budha, Hindu atau Kristian yang sedang menyembah tuhan  mereka ? Sesungguhnya Kongsi Raya tidak mendatangkan kebaikan kepada umat Islam melainkan ia menghakis keimanan dan jati diri umat Melayu Muslim. Allah swt berfirman :  

 Maksudnya : "Jika kamu kufur, sesungguhnya Allah tidak berhajat sesuatu daripada kamu, dan Dia (Allah) tidak redha akan kekufuran  hamba-hambanya, dan jika kamu bersyukur nescaya Dia meredhai kamu dengan kesyukuranmu itu." (al-Zumar : 7)

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528601788

http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&QR=947

http://63.175.194.25/index.php?search_text_box_dsn4=%C3%DA%ED%C7%CF+%C7%E1%DF%DD%C7%D1&lv=search&formtrans=dgn%3D4%7C&ln=ara&ds=qa&sensitivity=2&searchquestions=1&searchtitles=1&searchanswers=1&searchsources=1&pg=result&offset=0&msubmit=1&submit.x=47&submit.y=4

Penulis berpendapat, perpaduan antara kaum sememangnya tidak akan tergugat dengan hanya tidak mengucapkan selamat kepada perayaan mereka. Penulis pernah menerangkan kepada seorg kawan non muslim suatu ketika dahulu, alhamdulillah beliau boleh menerimanya. Apa yang diperlukan hanyalah penjelasan berhikmah dan lemah lembut, bukan secara keras. ..Apa yang penting adalah penerangan..sudahkah penerangan dibuat? Apakah terlalu sukar untuk menerangkan kepada mereka? Sesungguhnya tidaklah rugi memberi keterangan yang jelas tentang pendirian aqeedah kita, juga tidak merugikan mereka walau sedikit pun sekiranya ucapan selamat itu ditinggalkan. Wallahu'alam~


Posted at 11:59 pm by nahwan
 

Monday, December 18, 2006
Syarat2 Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar

Translation: In the Name of Allah, Most Beneficent, Most Merciful

Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah  (www.al-firdaus.com

Pada bulan Oktober 2006 yang lepas, pihak jabatan agama sebuah negeri telah menyerbu masuk bilik sebuah hotel atas laporan sedang berlakunya kes khalwat di dalamnya. Namun ternyata laporan tersebut adalah tidak tepat kerana yang ditemui adalah dua orang pelancong Mat Saleh dari Amerika Syarikat dalam lingkungan umur 60an. Peristiwa ini tidak berhenti di situ. Pelancong tersebut telah membawa kes ini ke pihak atasan, termasuk kepada menteri pelancongan. Seterusnya peristiwa ini mendapat sambutan hangat daripada akhbar-akhbar tempatan berbahasa Inggeris, sekali gus membawa imej Islam yang sememangnya rendah ke tahap yang lebih rendah.

 Menyentuh pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, umat Islam sememangnya terbahagi kepada dua titik ekstrim. Titik ekstrim pertama adalah mereka yang menelantarkan pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, sama ada kerana tidak tahu tentangnya, menganggap ia adalah urusan pemerintah semata-mata atau kerana terpengaruh kepada pemikiran hak asasi manusia (human rights) yang kini mula mendapat tempat sebagai agama terbaru dunia mutakhir. Pemikiran ini antara lain menerangkan bahawa melakukan yang baik (ma’ruf) atau yang buruk (mungkar) adalah hak masing-masing individu. Seseorang itu tak perlu campur tangan hak orang lain sama ada untuk menyuruh dia melakukan yang ma’ruf atau melarangnya daripada melakukan yang mungkar.

Pemikiran seperti ini bertentangan dengan ajaran Islam dan sesiapa sahaja yang memiliki pemikiran yang matang lagi luas, kerana mana-mana individu yang melakukan sesuatu yang ma’ruf atau mungkar atas dasar haknya yang tersendiri, lambat laun tetap akan memberi kesan kepada orang di sekelilingnya. Lebih merosakkan adalah fitrah manusia yang lebih cenderung kepada yang mungkar, dimana kemungkaran yang dilakukannya secara berseorangan lambat laun tetap akan memberi kesan negatif kepada orang di sekelilingnya secara khusus dan masyarakat secara umum.

Titik ekstrim kedua adalah mereka yang melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, akan tetapi tanpa memerhatikan syarat-syaratnya. Mereka adalah orang-orang Islam yang sayangkan agama dan umatnya serta ingin mengembangkan yang ma’ruf dan menyusutkan yang mungkar di tengah-tengah masyarakat yang bergelombang dengan pelbagai cabaran luar dan dalam. Akan tetapi semangat mereka mendahului ilmu dan kematangan sehingga usaha mereka melahirkan hasil yang sebaliknya, yang ma’ruf tetap pada tahap yang minimum manakala yang mungkar tetap kekal atau malah bertambah lagi.

Untuk manfaat bersama, pada kesempatan ini saya ingin menerangkan syarat-syarat pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar agar hasilnya lebih berkesan insya-Allah. Semoga dengan syarat-syarat ini, kita berada di pertengahan antara dua titik ekstrim di atas.

Syarat Pertama: Ikhlas

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah terlebih dahulu didasari dengan niat yang ikhlas. Amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah dilaksanakan demi menjaga ketulenan agama Allah (Islam) serta kasih sayang kepada umat dan prihatin untuk membetulkan keadaan mereka. Dua tujuan yang terakhir ini adalah berdasarkan sifat Rasulullah sendiri:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Taubah, ayat 128]

Tidak boleh melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar kerana ingin mempertayangkan kehebatan diri, merasa hebat dalam pakaian seragam, merendah-rendahkan orang dan sebab-sebab lain yang menjauhi keikhlasan.

Syarat Kedua: Berilmu

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah berdasarkan ilmu yang sahih. Perkara ma’ruf yang disuruh hendaklah sesuatu yang benar-benar ma’ruf dan perkara mungkar yang dilarang hendaklah benar-benar mungkar mengikut ukuran al-Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan kefahaman generasi awal, iaitu al-Salaf al-Shalih. Tidak boleh menyuruh kepada sesuatu yang ma’ruf padahal ia adalah mungkar dan tidak boleh melarang sesuatu yang mungkar padahal ia adalah ma’ruf.

Satu contoh adalah sikap sebahagian umat Islam yang melarang interaksi atau perbincangan antara lelaki dengan wanita secara mutlak (ikhtilath). Larangan ini sebenarnya adalah tidak tepat kerana ikhtilath itu sendiri dapat dibahagikan kepada dua kategori, yang dibolehkan dan yang dilarang. Ia dibolehkan jika ikhtilath tersebut adalah perlu demi manfaat di sebaliknya dan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan fitnah dielakkan. Ia dilarang jika ikhtilath tersebut adalah tidak perlu dan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan fitnah dibiarkan.  

Sebagai contoh, di dalam al-Qur’an sedia diterangkan ikhtilath yang dibolehkan, sepertimana kisah Nabi Musa ‘alaihi salam dengan dua orang wanita dalam surah al-Qasas, ayat 23. Demikian juga kisah Nabi Sulaiman ‘alaihi salam dengan Puteri Balqis yang dirakamkan dalam surah al-Naml, ayat 44. Selain itu dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim, diterangkan bagaimana seorang peniaga telah membuka gerai jualannya di bawah/tepi rumah Asma’ binti Abu Bakar, peristiwa isteri Abu Usaid as-Saidi yang menjamu Rasulullah dan para sahabat di majlis perkahwinannya sendiri serta kisah A’isyah yang merawat Bilal bersama ayahnya (Abu Bakar as-Shiddiq) ketika mereka berdua jatuh sakit saat berhijrah ke Madinah. Semua ini menunjukkan ikhtilath tidak dilarang jika ia dapat membawa manfaat dan dihindari apa-apa faktor fitnah di sebaliknya.

Syarat Ketiga: Keutamaan

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah mengikut prioriti keutamaannya. Dalam suasana jauhnya Islam dan umatnya daripada ketulenan al-Qur’an dan al-Sunnah serta banyaknya cabaran yang merosakkan agama dan umat, sama ada dari dalam atau dari luar, maka pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah disusun mengikut prioriti kepentingannya. Tidak boleh memberi tumpuan kepada isu-isu yang kecil padahal isu-isu besar yang lain terabai atau diambil alih oleh pihak yang menanganinya dengan cara yang tidak selari dengan petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah. 

Contoh isu besar yang terkini ialah bid’ah pemikiran Islam Liberal, bid’ah pemikiran pluralisme (semua agama adalah sama dan benar), bid’ah pemikiran feminisme (wanita hendaklah menjadi lelaki dan pada waktu yang sama membenci lelaki), bid’ah pemikiran hak asasi manusia (setiap manusia bebas melakukan apa yang dikehendakinya), masalah murtad, masalah orang yang membesar-besarkan isu murtad, penyakit aids, hubungan seks antara pelajar dan anak luar nikah. Isu-isu ini patut diberi prioriti di atas isu lafaz niat, doa qunut Subuh, tahlil dan talqin.

Memberi tumpuan kepada menghidupkan sunnah dan membasmi bid’ah termasuk dalam usaha amar ma’ruf dan nahi mungkar. Akan tetapi perlu dibezakan bahawa bid’ah itu sendiri terbahagi kepada dua kategori, iaitu bid’ah pemikiran dan bid’ah amalan. Antara kedua-dua kategori bid’ah ini, bid’ah pemikiran perlu diberi prioriti kerana ia lebih mengancam dan lebih berkesan dalam merosakkan Islam dan umatnya.

Lebih mengancam kerana ia mencemari asas-asas aqidah Islam itu sendiri (oleh kerana itu ia juga disebut sebagai bid’ah al-Iqtiqadiyyah) dan lebih merosakkan kerana ia dilancarkan secara bijak dan berleluasa oleh orang-orang yang memiliki pengaruh dan kedudukan dalam masyakarat. Sebaliknya bid’ah kategori kedua hanya merupakan amalan orang-orang awam yang kurang pengetahuan dalam agama tetapi memiliki keinginan untuk memperbanyak atau memperkemas ibadah mereka kepada Allah.

Orang-orang seperti ini, jika diberi nasihat dan didikan yang berhikmah, akan membetulkan amalan mereka daripada menokok tambah yang bid’ah kepada berpada-pada dengan yang sunnah. Setakat ini kelihatan usaha menghidupkan sunnah dan membasmi bid’ah banyak tertumpu kepada kategori amalan. Maka prioriti usaha ini perlu diubah kepada menghidupkan sunnah dan membasmi bid’ah dalam kategori pemikiran.

Syarat Keempat: Berwawasan

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah dengan memerhatikan hasil atau akibatnya. Iaitu: · Tidak boleh menyuruh satu perkara yang ma’ruf jika dengannya terhilang kema’rufan lain yang lebih besar atau dengannya terhasil kemungkaran yang baru. · Tidak boleh melarang satu perkara yang mungkar jika dengannya kemungkaran menjadi lebih besar, atau terhasil kemungkaran yang baru, atau dengannya terhalang kema’rufan yang lain. Semua ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. [al-An’aam, ayat 108]

Pada zaman Rasulullah s.a.w., pernah seorang arab Badwi membuang air kecil di dalam masjid. Para sahabat bergegas melarangnya tetapi Rasulullah melarang mereka dan membiarkan Badwi tersebut menyelesaikan pembuangan air kecilnya. Setelah itu barulah baginda menegur Badwi tersebut dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Dalam peristiwa di atas yang tercatit dalam Shahih Muslim (nombor 285), Rasulullah tidak secara terus melarang kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya, di dalam masjidnya. Jika kemungkaran tersebut dilarang serta merta, akan berlaku kemungkaran lain yang lebih besar. Badwi tersebut mungkin cuba melarikan diri dan ini akan menyebabkan air kencingnya bertaburan di sekeliling masjid manakala auratnya akan dilihat oleh orang ramai. Atau badwi tersebut mungkin akan berhenti, menahan dirinya dari membuang air kecil dan ini akan membawa mudarat kepada kesihatannya.

Wawasan yang dimiliki oleh Rasulullah menyebabkan baginda tidak melarang kemungkaran yang dilakukan oleh Badwi tersebut serta merta kerana ia akan melahirkan kemungkaran lain yang lebih besar. Baginda hanya menegur setelah urusannya selesai manakala para sahabat disuruh oleh baginda untuk menyiram air di kawasan terbabit. Peristiwa di atas, sekali pun kecil, perlu dijadikan iktibar oleh kita semua. Hendaklah pengajarannya dipraktik dan diperluaskan kepada pelbagai senario yang kita hadapi masa kini. Pada pengamatan saya, syarat keempat inilah yang paling tidak diketahui atau diperhatikan oleh sesama umat Islam dalam rangka melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Syarat Kelima: Berakhlak

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah melalui akhlak yang mulia. Memandangkan pada masa kini kurangnya perkara ma’ruf dan banyaknya perkara mungkar adalah kerana jauhnya umat Islam daripada agama mereka yang tulen, maka hendaklah akhlak mendidik (tarbiyah) dijadikan kaedah utama untuk melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Seterusnya akhlak mencela, menghukum dan memulau (boycot) ditinggalkan kerana ia tidak menghasilkan kema’rufan yang diingini, sebaliknya mengekal atau menambah lagi kemungkaran.

Termasuk dalam akhlak mendidik ialah bijak menyusun strategi agar pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar menjadi berwawasan dan menepati sasarannya. Lazimnya akhlak mendidik dalam pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak akan menghilangkan perkara ma’ruf yang lain atau menghasilkan serta menambah perkara mungkar yang baru.

Syarat Keenam: Tidak Berprasangka atau Mengintip

Dalam rangka melaksanakan nahi mungkar, kita ditegah daripada berprasangka kepada orang lain, jauh sekali daripada mencari-cari kesalahannya. Tidak boleh bertindak atas laporan yang tidak dikenali kesahihannya. Tidak boleh mengintip dan memata-matai dalam rumah atau ruang hidup peribadi seseorang. Upaya melarang kemungkaran hanya dibolehkan jika ia berlaku secara jelas, tanpa syak, ragu atau dicari-cari. Syarat ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. [al-Hujurat, ayat12]

Justeru tindakan mengintip, memata-matai dan menyerbu ke dalam rumah atau ruang hidup persendirian perlu dihentikan. Sebaliknya hendaklah usaha pelaksanaan nahi mungkar ditumpukan kepada aktiviti yang berlaku dalam ruang terbuka dan tempat-tempat umum seperti kelab malam dan rumah urut. Pengecualian adalah terhadap kemungkaran yang bakal memberi kesan buruk lagi meluas kepada manusia dan harta benda, seperti aktiviti membuat bom atau merancang tindakan menggempar orang ramai (terrorisme). Dalam pengecualian ini, tindakan mengintip, memata-matai dan menyerbu ke dalam rumah atau ruang hidup persendirian dibolehkan.  

Syarat Ketujuh: Tidak Menghebahkannya

Jika seseorang itu secara jelas didapati melakukan kemungkaran, usaha untuk melarang kemungkaran tersebut hendaklah dilakukan tanpa mendedahkan identiti pelakunya. Hendaklah diberi teguran, nasihat dan peringatan secara tersembunyi. Tidak boleh mengumumkan kemungkaran dan identiti pelakunya sehingga diketahui oleh orang ramai. Tindakan ini dilarang keras oleh Allah dengan ancaman:

Sesungguhnya orang-orang yang suka dihebahkan (tuduhan atau berita) yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). [Maksud surah al-Nur, ayat 19]

Pada masa kini, tindakan membawa orang yang didapati melakukan kemungkaran ke mahkamah perlu dikaji semula. Ini kerana tindakan tersebut akan mendedahkan identiti orang yang terbabit dan kemungkaran yang dilakukannya. Sekali pun yang mendedahkannya adalah pihak media, pihak yang diberi amanah melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar perlu memainkan peranan aktif untuk menutup identiti orang yang terbabit.

Demikian tujuh syarat yang perlu diperhatikan oleh setiap individu sebelum melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Setelah itu, hendaklah kita bersabar dalam menantikan hasilnya dan sabar dalam menerima cabaran-cabaran yang bakal timbul. Tidak boleh cepat putus asa atau hilang semangat sebagaimana pesan Luqman kepada anaknya:

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah yang ma’ruf serta laranglah daripada yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” [Maksud surah Luqman, ayat 17]

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15235

--------------------------------------

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau tidak membantah operasi khalwat, tetapi mengingatkan pegawai penguat kuasa agama mengamalkan kaedah dianjurkan Islam dan bukan untuk tujuan mengaibkan pasangan ditahan.

Pendapat beliau disokong Timbalan Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, yang berpendapat konsep ‘amal makruf nahi mungkar’, termasuk operasi mesti diteruskan tetapi ia tidak harus berdasarkan syak, sebaliknya berasaskan keyakinan.

Mohd Asri, 35, berkata sejajar konsep menutup keaiban seseorang dianjurkan Islam, operasi itu tidak boleh dilakukan untuk memalukan seseorang, sebaliknya dengan niat mencegah kemungkaran tetapi berasaskan laporan yang bersifat diyakini oleh pihak yang membuat laporan.

“Islam menyatakan jangan kamu syak. Jauhilah daripada sangkaan. Jangan kamu intip-mengintip. Kalau pegawai penguat kuasa dapat laporan, dia kena siasat sama ada laporan itu betul atau tak betul. Kalau tak pasti, biarkan. Perkara yang tak pasti, jangan masuk campur.

“Mungkar yang terbuka, kita tak kacau pun. Orang berpeluk atas pentas, disiarkan dalam televisyen, kita tak kacau pun. Yang dalam bilik kita pergi cari. Adakah ia terbit daripada kesungguhan atau sentimen? Dia tak kisah apa yang berlaku depan matanya. Dia tunggu orang masuk bilik, baru tangkap,” katanya kepada ditemui di sini, semalam.

Mohd Asri dan Juanda menghadiri mesyuarat berkaitan kaedah pengeluaran logo halal anjuran Jabatan Peguam Negara di sebuah hotel di sini.

Kelmarin, akhbar ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria; Ahli Kehormat Utama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ahmad Awang dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar yang menolak pendapat Mohd Asri sebelum ini yang menyifatkan perbuatan mengintip dan menahan pasangan disyaki berkhalwat sebagai melanggar hak individu dan harus dihentikan.

Mohd Asri menjelaskan, khalwat adalah dosa antara seseorang dengan Allah dan umat Islam yang lain seboleh-bolehnya harus menutup keaiban itu untuk memelihara maruahnya, sejajar konsep memelihara maruah umat yang dianjurkan Islam untuk membimbingnya ke jalan benar.

“Saya bercakap memberi imej kepada Islam supaya agama kita jangan dipersendakan. Kalau dosa antara manusia dengan Tuhan hendak diintai dan diperiksa, kita juga kena periksa pasangan yang naik kereta berdua-duaan. Kalau ada aduan yang jelas, baru kita bertindak. Hari ini, ada tangkapan tidak jelas. Kenapa media dibawa. Apa tujuannya,” tanyanya.

Sementara itu, Juanda, 34, berkata falsafah Islam adalah memberi rahmat kepada umatnya, bukan untuk menjatuhkan maruah mereka dengan menghebahkan kepada umum.

“Kalau jenayah membabitkan dia dengan Allah, seboleh-bolehnya kita tutup. Kalau jenayah membabitkan dia dengan manusia, kena ada perundingan sama ada orang itu reda atau tidak.

“Amal makruf nahi mungkar kena ada adab. Kita kena mendidik, bukan menghukum. Bukan sifat Islam hendak mengesyaki orang. Islam tak suruh kita memalukan orang. Manusia berdosa, tetapi berilah peluang dia bertaubat tetapi kalau dia sudah dimalukan, nanti dia kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,” katanya.


-----------------------

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20061218233456/Article

Demikian kucar kacir nya kita, dalam usaha amal ma'ruf nahi mungkar juga tidak menghidupkan sunnah. Seolah2 tujuan membebaskan kita daripada sunnah itu sendiri. Jangan melenting, jangan emosi jika timbul isu sebegini. Fikirkan, renung dan amatilah dengan teliti. Hidup ini sememangnya tidak akan terlepas dari sunnah..wallahu'alam~


Posted at 07:07 pm by nahwan
 

Sunday, December 17, 2006
LAMAN WEB DAN KELAS BERMANFA'AT

Translation: In the Name of Allah, Most Beneficent, Most Merciful

Assalamualaikum,

Ini ada satu pengumuman tentang satu Pusat Pengajian di Taman Tun Dr Ismail. Di sinilah penulis blog belajar ilmu aqeedah. Sila rujuk :

http://www.geocities.com/aisyah23/pamplet.pdf

Jika berminat boleh isi borang di sini:

http://www.geocities.com/aisyah23/MembershipForm.doc

Oleh kerana kesuntukan masa, harap dapat terus meneliti url yg diberi. Posting ini akan dikemaskinikan bila ada masa. Masa dah cukup, penulis cuma menggunakan pc di library, masa yg terhad diberikan untuk surf. OK. Wallahu'alam


Posted at 07:16 pm by nahwan
 

IKLAN BERMANFA''AT

Translation: In the Name of Allah, Most Beneficent, Most Merciful

Kelas Hadith @ The Little Khalifah Shop
 
The Little Khalifah Shop akan mengadakan kelas hadith untuk orang awam dewasa bermula tahun hadapan. Kelas ini akan dikendalikan oleh Ustaz Adlan, penulis buku 20 Persoalan Asas Tentang Hadith terbitan Jahabersa. Ustaz Adlan akan menggunakan buku tersebut sepanjang kelas berlangsung. Buku boleh diperolehi di Little Khalifah Shop dengan harga RM 10.00.  Butiran kelas adalah seperti di bawah.
 
Tarikh :            Setiap hari Rabu minggu kedua dan keempat
 
Masa  :           8.00 - 9.30 malam
 
Tempat   :       The Little Khalifah Shop
                       2750A Mezzanine Floor
                       Jalan Changkat Permata
                       Taman Permata , Ulu Klang
                       53300, Kuala Lumpur
 
Yuran  :           RM 20.00 sebulan
 
Kelas akan bermula pada 10 Januari 2007.
 
Pendaftaran dan bayaran perlu dibuat selewat lewatnya pada 30 Disember 2006.
 
Tempat terhad kepada 20 orang sahaja.
 
Berminat sila hubungi:
 
Maslina binti Ngadiman
Creative Officer
The Little Khalifah Shop.
 
No tel: 03 41472626
e-mail: maslina@littlekhali fahshop.com
 
Latar Belakang Tenaga Pengajar
 
Adlan Bin Abd. Aziz berasal dari Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal sehingga menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di Universiti Al Bayt, Jordan sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Arab.
 
Semasa berada di Jordan, beliau mula mengenali secara lebih mendalam tentang ilmu pengkajian hadith Nabi SAW. Beliau sempat belajar sama ada secara formal atau tidak formal daripada ulama-ulama Jordan termasuklah ahli hadith terkemuka pada masa ini iaitu Syeikh Syuaib al Arnaouth. Sejak itu tersemat di dalam hati beliau keazaman untuk membantu menyebarkan ilmu dan maklumat tentang hadith Nabi SAW agar dapat dikongsi oleh masyarakat umum.
 
Sekembalinya ke Malaysia , beliau melanjutkan pengajian untuk mendapat Diploma Perguruan daripada Maktab Perguruan Islam, Bangi. Sekarang beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak, Cheras sambil menyambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam jurusan Bahasa Arab.
 
Penulis blog mengucapkan terima kasih atas komen tentang blog ini. Memang blog ni nampak underground, hajat di hati dah lama dah tukar warna, nak bagi nampak kemas, malangnya penulis masih gagal mencari masa yang sesuai utk tujuan itu. Walau bagaimanapun terima kasih diucapkan kepada yang memberi komen membina, doakan penulis blog diberi masa oleh Allah utk mengemanskini blognya. Wallahu'alam~
 
 
 

Posted at 07:03 pm by nahwan
 

Wednesday, November 29, 2006
FATWA PILIHAN

Kategori : Sosial/Syariah  

Tajuk :

Fatwa Tentang Upacara Hari Pahlawan

Fatwa :

 

(1) Amalan seperti tiupan "Last Post" , bertafakur dengan menundukan kepala,meletakkan kalungan bunga , bacaan sajak , nyanyian dan tiupan "Rouse" yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

(2) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang di larang oleh syara'.

Rujukan Pewartaan :  Sel. P.U. 20.

 

Tarikh Pewartaan :

14 September 1995

 

Kategori : Akidah  

Tajuk :

Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud bismillah hirahman nirrahim

Isu :

Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud bismillah hirahman nirrahim

Keputusan :

 

Alhamdulillah Fatwanya,

Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillah hirahma nirrahim, juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jama'ah dalam syariah serta akhlak Islam.

Perbuatan ini juga termasuk di dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur'an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.

Semua pihak yang terlibat hendaklah
menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
 

 


Posted at 08:23 pm by nahwan
 

Tuesday, November 28, 2006
JALAN-JALAN CARI BUKU: NEW ARRIVAL::


Translation: In the Name of Allah, Most Beneficent, Most Merciful

 

 

Akidah Penghayatan Tauhid Al–Quran


 

Pengarang: Ramli Awang

2005

ISBN 983-52-0383-0

200 muka surat

RM27.00

Bidang: Pengajian Islam

Buku ini menjelaskan tentang akidah tauhid menurut konsepnya yang dikemukakan oleh kitab Suci al–Quran. Akidah Tauhid yang ingin disampaikan oleh al–Quran adalah untuk dihayati dan dimantapkan dalam jiwa. Akidah Tauhid bukannya untuk diperdebatkan dalam pemikiran seperti dalam falsafah Ilmu Kalam sehingga memberi kesan yang menyimpang. Akidah Tauhid hanya cukup dengan memahami konsep wujudnya Tuhan dalam akal semata–mata. Buku ini turut membincangkan metod al–Quran dalam membentangkan akidah tauhid dan sikap serta penyesalan tokoh ulama salaf terhadap Ilmu Kalam.

Buku ini sesuai sebagai rujukan para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi dan pembaca yang ingin memahami dan menghayati konsep tauhid mengikut saranan al–Quran.



KANDUNGAN

Prakata
Pendahuluan
Senarai Singkatan
Jadual Transliterasi


BAB 1 KONSEP AKIDAH MENURUT AL–QURAN DAN SUNNAH
Pendahuluan
Maksud Akidah
Hakikat Iman atau Akidah
Iman dengan makna Tasdiq
Iman dengan Makna Amal
Kesimpulan

BAB 2 KAEDAH PEMURNIAN AKIDAH DAN SYARAT PENERIMAAN IKRAR SYAHĂDATAYN
Pendahuluan
Kaedah Memurnikan Tauhid
Syarat Penerimaan Syahădatayn
Kesimpulan

BAB 3 SYAHĂDATAYN SEBAGAI TERAS TAUHID
Pendahuluan
Syahădah Ketuhanan Allah
Syahădah Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Rukun (Syadăhah) Tauhid
Rukun Nafi dan Ithbăt
Tauhid: Teori dan Amali
Anggota Pelaksanaan Syahădah Tauhid
Kesimpulan

BAB 4 MANHAJ AL–QURAN DALAM MEMBENTANGKAN AKIDAH TAUHID
Pendahuluan
Pendekatan Al–Quran Ketika Mensabitkan Tauhid
Kesimpulan

BAB 5 AL–WALĂ' DAN AL–BARĂ' DALAM AKIDAH ISLAMIYYAH
Pendahuluan
Pengertian al–Wală' dan al–Bară'
Al–Wală' dan al–Bară' Menurut Istilah
Penentuan al–Wală': Salbiyyah dan Ijabiyyah
Al–Wală' dari Perspektif al–Quran
Tanda–tanda al–Wală'
Kesimpulan

BAB 6 KESEPAKATAN AHLI KIBLAT TENTANG TAUHID
Pendahuluan
Ahli Kiblat
Ahli Kiblat dan Tauhid
Pandangan Ulama dan Mazhab Tentang Tafsir al–Tauhid
Tasamuh Para Ulama
Kesimpulan

BAB 7 PENGARUH FALSAFAH DALAM AKIDAH TAUHID
Pendahuluan
Ilmu Kalam
Peranan Ilmu Kalam
Kritikan Terhadap Kaedah Ilmu Kalam
Penyesalan Beberapa Tokoh Ulama Kalam
Celaan Ulama Terhadap Ilmu Kalam
Perbezaan antara Akidah Tauhid dengan Falsafah Kalamiyyah
Pegangan Ulama Salaf
Syarat Berkecimpung dalam Ilmu Kalam
Kesimpulan

BAB 8 SIKAP RASULULLAH S.A.W TERHADAP JADAL KALAMI
Pendahuluan
Tegahan Jadal
Kesimpulan

BAB 9 MASYARAKAT BERAKIDAH
Pendahuluan
Ciri Masyarakat Berakidah
Kesimpulan

BAB 10 PENUTUP

Rujukan
Indeks

---------------------------------------------------------------------------

Ramli Awang ialah pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Dilahirkan pada 2 April 1960 di Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1984, Ijazah Sarjana daripada UKM pada tahun 1992, Diploma Falsafah Sains Islam (Cemerlang) daripada Institut Pengajian Ilmu–Ilmu Islam (IPI) Bangi, pada tahun 1990, dan ijazah Ph.D dalam bidang Usuluddin dan Falsafah juga daripada UKM pada tahun 2001. Karya beliau yang diterbitkan oleh Penerbit UTM ialah Islam Alternatif Perpaduan Sejagat (2003) dan Falsafah Sains & Pembangunan ke Arah Dimensi Baru (2003).
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku ini 'ditemui' di Perpustakaan Sultan Abdul Samad ketika bulan Ramadhan lalu..sangat menarik dan kita sebagai penuntut ilmu khususnya di Malaysia amatlah mengalu2kan buku2 seperti ini, yg ditulis sendiri oleh orang Islam di Malaysia kerana diharapkan dapat memahamkan masyarakat kita tentang aqidah yang seringkali dianggap remeh oleh sesetengah pihak. Kita mengharapkan dgn adanya buku sebegini memantapkan kefahaman aqidah di kalangan kita umat Islam di malaysia.
 
Penulis blog juga sedang berusaha memesan buku ini melalui Koperasi UPM. Mungkin mengambil masa, tetapi diharapkan buku ini menjadi kepunyaan penulis blog pada masa akan datang, bukan hanya mampu meminjam dari perpustakaan saja..heheh..sekian iklan bermanfaat..
 
Sesiapa yang mahu pesan secara online pun boleh rasanya..sila berkunjung ke : http://www.penerbit.utm.my/ wallahu'alam~

Posted at 06:11 pm by nahwan
 

MAJALAH AS SUNNAH

Translation: In the Name of Allah, Most Beneficent, Most Merciful

 

AS-SUNNAH : UPAYA MENGHIDUPKAN SUNNAH

Edisi 06/X/1427H/2006M

 

SOAL JAWAB:

 

- MENGHADAPI MUSIBAH

- KAEDAH HAJR: Memulaukan Ahli Bid'ah atau Pelaku Ma'siat

 

TAFSIR:

 

- HADITH2 YG MENERANGKAN KEUTAMAAN SURAH AL IKHLAS

 

HADITH:

 

- BANGUNAN ISLAM (SYARAH RUKUN ISLAM)

 

MABHATS:

 

- Mendengar dan taat merupakan kekuatan umat

- Empat prinsip menjalin hubungan dengan penguasa

 

MANHAJ

- Sikap ahli sunnah terhadap Mu'awiyah dan pertikaiannya dengan Ali (2)

 

AQIDAH

 

- Pengaruh sihir: Nyata atau Tidak?

 

FIQH:

 

- Imam solat wajib diikuti!

 

FATAWA

 

- Zakat dari harta yang terus bertambah

- Mempertemukan makna dua hadith

- Beribadah hanya pada bulan Ramadhan

- Berbuka sebelum matahari terbenam

- Mengqadha puasa

 

FIRAQ

 

- Firqah ad Duruz menuhankan manusia

 

 

 Dapatkan di pasaran..harga cuma RM 8.50 sahaja. Padat dengan info2 bermanfa'at, pendek kata kalau ibarat makan, mmg kenyang (ayat berunsur promosi)

 


Posted at 02:08 am by nahwan
 

Tuesday, November 14, 2006
Seminar Best

SEMINAR SELANGKAH KE ARAH MEMAHAMI AS-SUNNAH
 
 
TARIKH:
3 DISEMBER 2006
MASA:
8.00PG- 5.30PTG

 
PANEL UNDANGAN:
DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS
PROF. MADYA DR FAUZI DERAMAN
JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH (UM)
PROF. MADYA DR SAYUTI ABDUL MANAS
KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE (IIUM)
USTAZ ABD. RASHID BIN IDRIS
PRESIDEN INSTITUT AL-QAYYIM ( PENANG )
 
Tempat:
Dewan Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)

Bukit Kiara, off Jalan Damansara
Peti Surat 1139, Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur.

 


Anjuran bersama:
Kumpulan Karangkraf
dan
Muslim Professionals Forum (MPF)

Tentatif:

8.00 a.m: Pendaftaran peserta

8.30 a.m: Ketibaan tetamu & panelis

8.45a.m: Ucapan alu-aluan: Prof. Madya Dr. Ahmad Farouk Musa
Muslim Professionals Forum (MPF)

9.00 a.m:
Pembentangan Pertama:
“ Disiplin Ilmu As-Sunnah: Satu Pengenalan”
~ Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Malaya

10.00 a.m: Minum pagi

10.30 a.m:
Pembentangan Kedua:
“Pendirian Para Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam Membela As-Sunnah"
~Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis Darus Sunnah

11.30 a.m:
Pembentangan Ketiga:
“Kaedah-Kaedah Berinteraksi Dengan As-Sunnah”
~ Prof. Madya Dr. Suyuti Abdul Manas Kulliyyah Ilmu Wahyu & Warisan Islam,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

12.30 p.m: Rehat & Solat Zuhur

2.00 p.m:
Pembentangan Keempat:
“ Hadis Maudhu’ dan Kesannya Terhadap Pemikiran Masyarakat”
~Ustaz Abdul Rasyid Idris
Pengerusi, Dewan Pengajian al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyah

3.00 p.m: Minum petang

3.30 p.m: Forum & Sesi Soal Jawab
Moderator: Ustaz Ramadhan Fitri

5.00 p.m: Bersurai


Kertas kerja tambahan

Diberikan secara online kepada peserta yang berdaftar

1. Captain Hafiz Firdaus Abdullah
Juruterbang , Malaysia Airline System (MAS)
Tajuk:
Selangkah Ke Arah Memahami As-Sunnah, Dua Langkah Ke Arah Memahami Akhlak As-Sunnah

2. Ustaz Adlan Abdul Aziz
Guru, SMK Segambut Jaya
Tajuk:
Beberapa Fakta Penting Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Hadis

Yuran Penyertaan - Pelajar RM10/Dewasa RM20
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN TEMPAHAN PESERTA SILA HUBUNGI WAKIL-WAKIL DI SETIAP INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ATAU HUBUNGI:

Sdr Mohamad Salman: 016 499 6564
manzero_salafi@yahoo.com.my

Posted at 11:44 pm by nahwan
 

Next Page